Selasa, 15 April 2014

Gurauan Membawa Padah ?

Hi
Hai korang ! Sihat ke ? Mesti la sihatkan , kalau tak sihat mustahil boleh online haa . Sementara yati tunggu waktu nak rehat ni tiba-tiba rasa macam nak menulis sikit dekat ruangan blog yati ni . Tadi ada buka facebook kejap tapi rasa macam tak seronok pulak , yela bila terbaca satu update *bukan dari akaun fb yatie*  yang ditulis oleh seseorang yang yati sendiri kenal , mula-mula macam bergurau tetapi lama kelamaan macam bergaduh pula .

La kenapa macam ni ? Ni semua disebabkan pihak yang diajak bergurau tak boleh terima & pihak yang nak bergurau menggunakan ayat yang macam menyakitkan hati ! Kan orang dah pesan banyak kali "cakap siang pandang-pandang , cakap malam dengar-dengar" jangan cakap main ikut sedapa je nanti jadi macam "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" eh berperibahasa pula hehe .
Heartbroken
Malas nak cakap banyak sebagai manusia kita dilahirkan tidak sempurna jadi tak perlu la rasanya nak berkata pada seseorang itu umpama kita sempurna 100% kan ? Nanti elok-elok kawan lawan jadinya , eh tak mau macam tu tak baik taw haha .

Ahad, 13 April 2014

Terasa Bodoh Sangat


Hi
Hi korang ! Sihat ? Maaf lama tak update blog . Rindu dekat awak , awak semua ni . Rindu yati tak ? Hehehe . Malam ni macam tak ada apa sangat nak update tapi akan cuba sedaya upaya untuk mengupdate haha boleh gitu ?

Kalau ada yang terbaca blog yati sebelum ni mesti korang akan perasan ada dua post yang hilangkan . Whats ? Hilang ? Yes hilang macam MH370 tu . Hehe ayat nak poyokan . Okey sebenarnya post tu sudah pun yati padam , sebab apa ? Sebabnya yati rasa diri yati tiada beza dengan dia kalau yati buat macam tu . Mungkin sebelum ni masa update blog terlalu ikut emosi yang bengang + geram + baran = jadi fikir tanpa gunakan otak dan akal .

Bila tengok balik tadi ya allah sumpah rasa bodoh tahap menara kembar KLCC tu . Oooohhhh my goshh . Pada sesiapa yang dah ada terbaca post tu yati minta maaf sangat-sangat . Yati akan cuba jadi lebih matang selepas ini . Sekiranya yati ada buat salah tolong tegur yati , yati mungkin fikir apa yang yati buat semuanya betul sedangkan salah & tak elok pada mata orang .Jadi tolong maafkan yati .
Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com