Khamis, 1 Mei 2014

Giveaway Eikingg

Hai kesayangan . Selamat pagi , selamat hari pekerja kepada yang sudah bekerja seperti yati nie ha . Okey apa tujuan yati update dipagi hari cuti sempena hari pekerja ni ? Okey sabar sat ye , yati bagi tahu kejap je lagi . Bawa bertendang dulu hehe .

Seperti yang yati update malam tadi *klik sini kalau tak sempat baca semalam* . Tepat pukul 12:00 am banner GA telah pun dikeluarkan oleh adik ekingggg kita yang cute tu . Dah klik link tu ? Dah tengok hadiah ? Suka tak ? Nak tak ? Ha kalau nak jom ramai-ramai panggil jiran-jiran blogger awak semua join GA pertama dari adik ekinggg kita ni .

Nak join ? Klik banner nie
Syarat nak join sangat mudah semudah makan kacang je . Syarat-syaratnya seperti *dah macam ayat exam hehe* :
 Blogger Malaysia
 Follow semua link sponsor
 Pilih 3 hadiah anda suka
 Buat satu entry mengenai Giveaway Eikingg
 Copy code dekat bawah , paste dekat HTML entry anda
 Lepas dah post entry tu , copy link entry tadi and submit ke ruang comment bawah okayyy :) *ini sangat wajib!!!

Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah . Jadi jom kita join & semoga berjaya

Rabu, 30 April 2014

Hadiah dari Sponsor Sponsor Giveaway Eikingg !

Hello Animated Cat
Hai hai kesayangan . Sihat ke ? Malam ni rasa gembira sangat walaupun siang tadi mood sangat sangat "down" sampai tak balas mesej dari follower twitter sebab takut terkasar bahasa bila bercakap jadi ambil keputusan untuk senyap sekejap . Maafkan yatie ye sayang . Tapi malam ni terasa macam woww happy sesangat sebabnya hehe GA kedua dari adik ekin bakal menjelma tak lama lagi . Eh adik ekin tu siapa ? Adik ekin tu yati kenal dekat blog ni la masa tu dia nak cari sponsor untuk GA dia so yati rasa eh nak join la . 

Rupanya ramai juga yang sponsor hadiah , hadiahnya pun memang best sesangat la hehe . Nak hadiah kena la ikut syarat yang mudah nie , senang je semudah kicap ABC gitu hehe . Nak tahu hadiah apa & syarat ? Jom kite terjah satu persatu okey ^_^





Hadiah yang disponsor : Blouse Black White
*seorang pemenang
Syarat 1 : Follow instagram *click here *
Syarat 2 : Follow instashop *click here*
Syarat 3 : Follow blog *click here*






Hadiah yang disponsor : Peplum Maroon Baldu
*seorang pemenang
Syarat 1 : Follow blog *click here*
Syarat 2 : Click iklan nuffnang di blog Eikingg
Syarat 3 : Follow instagram *click here* / Follow twitter *click here* ( choose either one )





Hadiah yang disponsor : Egg White Face Mask
*2 orang pemenang
Syarat 1 : Like FB page *click here *
Syarat 2 : Like *click here *
Syarat 3 : Follow instagram *click here*






Hadiah yang disponsor : Shiseido Mask + Crystal Collagen Eye Mask
* 2 orang pemenang
Syarat 1 : Follow blog *click here *
Syarat 2 : Follow twitter *click here* / Follow FB *click here* ( choose either one )
Syarat 3 : Click semua iklan dekat blog Hanan




Hadiah yang disponsor : Topup RM10
*seorang pemenang
Syarat 1 :  Follow blog *click here*
Syarat 2 : Follow instagram *click here*
Syarat 3 :  Add FB *click here*



Tengok hadiah tu menarik , tertarik ? Ha tapi kena tunggu la sebabnya GA ni akan dilancarkan pukul 12:00 am nanti . Jadi siap sedia untuk join ye sahabat blogger . Hadiah menarik menanti ! Sekiranya tiada masalah insyallah esok yati akan update untuk GA ni ^_^ tunggu ye .

Isnin, 28 April 2014

Customer Oh Customer

Just a Little Note From Lil Ol' Me!

Hai selamat malam ^_^ . Sihat ? Harap sihat sangat kalau tidak siapa yang nak baca cerita cik yatie ni kan hehehe . Eh masih ada yang join GA dari kak uzu ? Alhamdulillah kalau ada rezeki awak dapat la cash tu kan siapa tahu tuah ayam nampak dikaki tuah manusia hanya allah yang tahu . Sebelum yatie terus sambung cerita yatie nak minta maaf sangat-sangat pada awak yang follow blog cik yati , follow instagram , follow twitter & klik "like" untuk fanpage yatie tapi yati tak buat macam tu pun dekat awakkan T_T . 

So Sorry

Maaf sesangat bukan yati tak nak follow tetapi buat masa ini internet kejap ok kejap tidak dalam satu hari tak sampai 20 pun yang yatie boleh follow >_< nanti bila semua dah okey lepas habis GA yatie follow awak semula insya-allah kalau panjang umur yatie ye .

Okey la balik pada cerita sebenarnya dan tujuan tiba-tiba rajin nak menaip ni hehe . Seperti yang awak tahu yatie ada buat sedikit perniagaan atas talian buat masa ni alhamdulillah ada sambutan walaupun tak banyak tetapi allah masih beri rezeki . Disenangkan cerita tadi kawan yatie mesej , pada mulanya dia bertanya pasal jawatn kosong habis dah lama mesej yatie pun cuba la promotkan biz yatie pada dia . Kiranya sambil menyelam minum air la *blurp blurp blurp* jadi dia tanya ada jual KCOLLY ke ? Yatie cakap ada harga rm120 kalau nak pos rm125 disebabkan dia dekat yatie kira nanti hantar dekat rumah la .

Lepas tu dia cakap mahalnya bagi rm100 ea ,  giler ke apa ? Terus potong rm20 . Setahu yatie kcolly sekarang harga masih rm130 . Dia cakap dekat internet ada jual rm100 tapi tiada free gift , senang cakap dia nak yatie bagi free gift la . Bila fikir dia kawan dari sekolah rendah okey la cincai kira Rm115 lepas tu dia cakap ala rm110 je la -_- ! Mana boleh jadi dah bagi kurang pun masih nak potong lagi . Dia cakap dulu makan aura white rm100 je siap ada free gift . Ya allah yati jual pun dapat berapa je untungnya ? Bukannya jual satu produk dapat beriban paling banyak pun dapat rm5 tolak masuk tabung derma rm1 dapat rm4 sebab dah niat setiap kali jual satu produk rm1 masuk tabung derma .

Sekarang ni baru la tahu ragam customer macam mana . Rupanya macam-macam ragam pelanggan yang kita akan jumpa bila berniaga , kuat atau tidak je iman kita . Kalau tiada kesabaran mungkin dah meletus kebabomm aganknya . Lastly yati cakap "lain orang lain harga" tetapi bila fikir semula salah ke cakap macam tu T_T haishh pening-pening !

Sabtu, 26 April 2014

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

Hai hai hai team blogger ^_^ . Selamat malam . Eh malam ni tak nak celoteh panjang lebar la , nanti Encik internet merajuk lagi tak sempat pula la nak publish entry yang tak seberapa ni ^_^ . Malam ni nak share pasal GA yang dianjurkan oleh Kak Uzu yang comel tu . GA apa ? Laa tak tahu lagi ke ? Kalau tak tahu mari sini tengok banner & klik banner ni untuk join ^_^


Jadi apa tunggu lagi , hadiah menarik tu ^_^ . Sebelum terlupa ni la pertama kali cik yati jadi sponsor untuk GA . So good luck ^_^

Jumaat, 25 April 2014

Dzureen's 20th Birthday Giveaway

Hai hai hai . Disebabkan hari ni tak berapa nak ada kerja dekat pejabat jadi buka blog tengok ada satu segmen yang agak seronok . So cik yati pun join la hee . Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi segmen ni . Nak join klik banner tu ^_^



Isnin, 21 April 2014

Mula Berniaga ^_^

Whatcha Doin
Hai hai hai ! Apa khabar ? Semoga sihat hendaknya . Amboi ayat dah macam zaman sekolah pulak rasanya haha . Dalam beberapa hari ni agak sibuk sampai terlupa dengan blog yang comel dihati cik yati ni hee . Seperti sedia maklum sebelum ni cik yati dah mulakan perniagaan secara dropship je nak mula 100% sendiri masih tak mampu . Jadi belajar la secara dropship .

Sebenarnya buat dropship ni bukan 100% pandang pada $$$ hee lebih kepada nak belajar selok belok perniagaan atas talian . Walaupun dalam hati ni rasa nak sangat la ada perniagaan sendiri tetapi masih cakap pada diri sendiri "sabar la yati , kita mula dari 0 dahulu kalau ada rezeki insyallah kau ada perniagaan kau sendiri" .

Siapa tak suka ada perniagaan sendirikan tapi bak kata orang tua la mula dari bawah nak berniaga bukan campak modal terus berjaya . Dalam perniagaan ada jatuh bangunnya bukan setiap hari kita dapat pelanggan , bukan setiap hari ada tempahan . Nak berniaga kena tahu cara bercakap dengan pelanggan , layan pelanggan baik-baik . Jujur cakap la yati selalu beli barang secara atas talian boleh dikatakan hampir setiap bulan . Bukan alat make up je yang yati beli , sampai telefon pun beli online .

Jumaat, 18 April 2014

Syukur Di Atas Limpahan Kurniaan Mu Ya Allah ^_^

Hi
Hai hai hai ! Apa khabar ? Sihat ? Yati semakin sihat walaupun masih ada batuk batuk uhuk uhuk ecehh haha . Tak tahu kenapa hari ni dengan semalam terasa macam nak jerit bagi tahu satu dunia yang yatie tengah gembira tahap nak lompat hingga langit ketujuh dah ni *mengarut je* .

Nak tahu tak kenapa ? Pertama ofcourse la pasal perniagaan yati sendiri , alhamdulillah diatas semangat yang dari dulu sampai sekarang yati rasa nak ada perniagaan sendiri akhirnya tercapai la juga . Tapi buat masa ni secara kecilan je dulu bermula dengan modal yang tak banyak mana diharapkan perniagaan ini akan berkembang sehingga menjadi besar . Syukur sangat ya allah diatas limpahan kurniaan mu .

Pada korang yang baca blog ni mai la beli dengan cik yati , ala murah-murah je tapi hasil woww gitu hehe . Rm1 dari setiap pembelian awak yati akan masukkan kedalam tabung masjid :) . So tolong doakan perniagaan cik yati nie ye :) .

Perkara yang kedua kenapa yati suka sangat sebab peperangan yang meletus diantara yati dengan seorang budak perempuan yang yati ceritakan dulu akhirnya berakhir dengan berdamai . Syukur tersangat-sangat ya allah . Dua perkara gembira berlaku dalam sehari :) siapa sangkakan ? Alhamdulillah sesangat .

Tak mampu nak taip terlalu panjang sebab tengah gembira sekarang :) . Hari ini pula ditambah dengan berita yang bos sudi bagi bantuan pinjaman wang sekiranya nak buka perniagaan . Alhamdulillah , melimpah ruah rezeki yang allah turunkan pada yati . So pada korang yang nak cuba produk yang cik yati jual sila la pergi melawat page iskandar daughter93.blogspot.com

Khamis, 17 April 2014

Kisah Hidup Ku Part 2

Hello Animated Bear
Hai hai hai ! Ha buat apa tu ? Tertunggu-tunggu ke sambungan kisah hidup yati semalam ? Haishh terharu pulak rasanya T_T . Hee okey la sekarang yati nak sambung lagi pasal kisah semalam tu yek kawan-kawan . Selepas yati tahu membacakan ada satu hari tu perhimpunan seperti biasa , tapi agak pelik sebab masa beratur yati diasingkan dengan kawan-kawan kelas yati . Ingatkan yati kena tukar kelas rupanya cikgu buat pertandingan membaca untuk kite orang yang baru kenal huruf & tahu membaca ni .

Masa tu dah tak tahu erti takut la , tunggu punya tunggu sampai la giliran yati . Masa cikgu panggil nama yati dengan muka memang poyo naik atas pentas baca lepas tu terus turun . Hahaha macam gangster gamaknya . Bila cikgu umumkan pemenang macam tak percaya yati dapat nombor 1 . Dari tak tahu apa-apa dan berbekalkan semangat nak terus maju akhirnya yati mampu membaca . Bermula dengan 0 sampai la berbuahkan hasil . Hampir setiap hari selepas pertandingan tu cikgu bagi pensel warna . Ya allah sumpah terharu sesangat .

Rabu, 16 April 2014

Kisah Hidup Ini Part 1

hi, cute baby
Hai hai hai ! Dah solat magrib ? Alhamdulillah kalau sudah , dah makan malam ? Belum ? Tak apa kejap lagi pergi makan la yek jangan sampai perut masuk angin :) . Malam ni terasa macam nak bercerita pasal diri yati , agak-agak ada yang nak baca tak ? Haishh harap-harap ada la , bukan apa mungkin boleh dijadikan pembakar semangat gitu hehe .

Terus terang yati katakan yati lahir bukanlah dari dalam golongan orang kaya , masa yati kecil abah yati cuma kerja sebagai peladang je lebih senang yati cakap abah kerja sebagai tukang kait buah kelapa sawit sahaja . Masa tu abang dengan akak masih lagi bersekolah , dia orang selalu cakap masa dia orang sekolah pukul 5 pagi abah dah hantar dekat tepi jalan sebab dia orang pergi sekolah naik teksi lagi pun jarak rumah nak ke jalan besar agak jauh .

Sampai satu tahap budak-budak sebaya yati semuanya pergi sekolah tadika sedangkan yati duduk rumah main masak-masak , main pondok-pondok *budak lahir tahun 2000 ke bawah mesti tahu maksud main ni* . Masa tu memang tak tahu apa tu sekolah , perlu ke pergi sekolah yang yati tahu main macam budak lain . Yati ingat lagi ada satu hari tu abah bawa yati pergi sekolah , yati tak tahu untuk apa rupanya abah daftarkan yati sekolah sebab umur yati dah nak masuk 7 tahun . Ada satu hari tu kan posmen hantar surat , kira surat menyatakan la yati duduk kelas mana bila masuk sekolah nanti . Yati punya excited masa tu dari abang poto tu hantar surat sampai la tunggu abah balik kerja yati simpan surat tu sampai tertidur dengan surat tu .

Emilay + Metal Fortis Kesan Yang Superbb ?

hi
Hai hai hai . Hujan-hujan macam ni sambil layan lagu jiwang tiba-tiba datang satu idea dekat dalam fikiran yati ni . Tetiba sahaja rasa nak cerita tentang produk EMILAY yang yati gunakan sekarang ni . Mungkin ada antara pembaca blog yang macam pernah dengar tentang produk ni kan , ada pulak yang dengan muka blur garu-garu kepala sambil cakap "emilay ? produk apa tu ?" .

Jangan risau la adik manis nanti kakak yatie mu ini akan berkongsi , sabar okey . Sebenarnya yatie sendiri tak pernah dengar nama produk ni sebelum guna , tapi ada satu malam tu susah sangat nak tidur dok golek sana golek sini sampai jatuh katil *kay tipu je hee* masih susah nak lelap , lepas fkir punya fikir tetiba rasa nak on lappy memalam buta , orang dah tidur mimpi naik bulan yati boleh online memalam haish apa nak jadi ?

Masa mula-mula online tu yatie jumpa satu page ni , yatie tertarik dengan warna supplement ni , mahu tak tertarik ? Supplement tu warna purple nampak macam best sangat .Sebelum tu ada terfikir mesti mahal supplement ni , maklumlah kebanyakkan supplement ni harga kebiasaannya atas rm100 kan ? Tapi yati cuba mesej akak tu , tanya dia . Akak tu cakap tak mahal pun rm50 je . What rm50 ? Serious supplement rm50 ? Banyak kali tanya akak tu takut dia salah typing ke apa ke kan .

Selasa, 15 April 2014

Gurauan Membawa Padah ?

Hi
Hai korang ! Sihat ke ? Mesti la sihatkan , kalau tak sihat mustahil boleh online haa . Sementara yati tunggu waktu nak rehat ni tiba-tiba rasa macam nak menulis sikit dekat ruangan blog yati ni . Tadi ada buka facebook kejap tapi rasa macam tak seronok pulak , yela bila terbaca satu update *bukan dari akaun fb yatie*  yang ditulis oleh seseorang yang yati sendiri kenal , mula-mula macam bergurau tetapi lama kelamaan macam bergaduh pula .

La kenapa macam ni ? Ni semua disebabkan pihak yang diajak bergurau tak boleh terima & pihak yang nak bergurau menggunakan ayat yang macam menyakitkan hati ! Kan orang dah pesan banyak kali "cakap siang pandang-pandang , cakap malam dengar-dengar" jangan cakap main ikut sedapa je nanti jadi macam "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" eh berperibahasa pula hehe .
Heartbroken
Malas nak cakap banyak sebagai manusia kita dilahirkan tidak sempurna jadi tak perlu la rasanya nak berkata pada seseorang itu umpama kita sempurna 100% kan ? Nanti elok-elok kawan lawan jadinya , eh tak mau macam tu tak baik taw haha .

Ahad, 13 April 2014

Terasa Bodoh Sangat


Hi
Hi korang ! Sihat ? Maaf lama tak update blog . Rindu dekat awak , awak semua ni . Rindu yati tak ? Hehehe . Malam ni macam tak ada apa sangat nak update tapi akan cuba sedaya upaya untuk mengupdate haha boleh gitu ?

Kalau ada yang terbaca blog yati sebelum ni mesti korang akan perasan ada dua post yang hilangkan . Whats ? Hilang ? Yes hilang macam MH370 tu . Hehe ayat nak poyokan . Okey sebenarnya post tu sudah pun yati padam , sebab apa ? Sebabnya yati rasa diri yati tiada beza dengan dia kalau yati buat macam tu . Mungkin sebelum ni masa update blog terlalu ikut emosi yang bengang + geram + baran = jadi fikir tanpa gunakan otak dan akal .

Bila tengok balik tadi ya allah sumpah rasa bodoh tahap menara kembar KLCC tu . Oooohhhh my goshh . Pada sesiapa yang dah ada terbaca post tu yati minta maaf sangat-sangat . Yati akan cuba jadi lebih matang selepas ini . Sekiranya yati ada buat salah tolong tegur yati , yati mungkin fikir apa yang yati buat semuanya betul sedangkan salah & tak elok pada mata orang .Jadi tolong maafkan yati .

Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat MH370 Hilang ?

Hai korang ? Tengah buat apa petang-petang macam ni ? Makan goreng pisang ? Wahh sedapnya ! Nak sikit hehe . Aku tak rasa nak update panjang lebar petang ni cuma ada satu benda je aku nak kongsikan . Korang mesti ada buka tv kan ? Hari ni kecoh tentang pesawat MH370 yang berlepas pukul 2:40 pagi dari KLIA dan sepatutnya mendarat di lapangan terbang Beijing hilang .

Pesawat yang membawa 227 orang penumpang dan 12 anak kapal dikatakan hilang selepas memasuki ruang udara vietnam .  Dalam tengah hari tadi ada pula yang buat berita palsu mengatakan kapal terbang tu terhempas . Tolong la jangan nak sebarkan berita yang bukan-bukan kesian dekat keluarga yang terlibat tu .
 
Ya allah , mesti semua ahli keluarga dia orang risau sangat sekarang ni . Kita sibuk gelak-gelak sedangkan dia orang menanti dengan penuh ketakutan & kerisauan . Jadi minta jasa baik korang semua doakan semua penumpang dalam kapal terbang MH370 tu selamat ye . Ya allah kau selamatkan semua penumpang dan semua yang ada didalam kapal terbang itu ya allah semoga tidak terjadi apa-apa pada mereka semua .

Rabu, 5 Mac 2014

Selamat Ulang Tahun Sayang

Happy Birthday! Hope All Your Wishes Come True
Hello guys .. good morning . Eh aku update blog pepagi dah kenapa ? Biasa malam je aku update blog . Hee sebenarnya sekarang ni dekat tempat kerja , aku dah penat buat kerja so aku buka blog comot aku ni kejap . Tetiba rasa gian nak menaip haha boleh pulak macam tu kan .

Nampak tak tajuk tu ? Mana ? Ala yang dekat atas tu la . Ha nampakkan , alhamdulillah diam tak diam dah sebulan pun blog aku dibina . Walaupun aku ni umpama blogger chipsmore sekejap ada sekejap tak da tapi blog aku tetap ada tahu cuma jarang berupdate je disebabkan ENCIK MASA yang selalu cemburu dengan aku , haish geram je *err tetiba* .

Dalam sebulan aku berblog ni aku nak ucap terima kasih pada seorang blogger nie , walaupun aku tak kenal dia tapi dia selalu komen dekat beberapa entry aku . Tapi biasa la aku ni jarang update so kekadang terlepas pandang komen dari dia . Dah seminggu komen baru ler aku terhegeh-hegeh nak balas hee .Maaf ye awak . Aku tak tahu nama dia apa cuma dia selalu gelarkan diri dia si gadis purple . Blog yang cukup simple tetapi cute sangat pada aku . So kalau korang ada masa follow la blog dia okey .
Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com