Khamis, 17 April 2014

Kisah Hidup Ku Part 2

Hello Animated Bear
Hai hai hai ! Ha buat apa tu ? Tertunggu-tunggu ke sambungan kisah hidup yati semalam ? Haishh terharu pulak rasanya T_T . Hee okey la sekarang yati nak sambung lagi pasal kisah semalam tu yek kawan-kawan . Selepas yati tahu membacakan ada satu hari tu perhimpunan seperti biasa , tapi agak pelik sebab masa beratur yati diasingkan dengan kawan-kawan kelas yati . Ingatkan yati kena tukar kelas rupanya cikgu buat pertandingan membaca untuk kite orang yang baru kenal huruf & tahu membaca ni .

Masa tu dah tak tahu erti takut la , tunggu punya tunggu sampai la giliran yati . Masa cikgu panggil nama yati dengan muka memang poyo naik atas pentas baca lepas tu terus turun . Hahaha macam gangster gamaknya . Bila cikgu umumkan pemenang macam tak percaya yati dapat nombor 1 . Dari tak tahu apa-apa dan berbekalkan semangat nak terus maju akhirnya yati mampu membaca . Bermula dengan 0 sampai la berbuahkan hasil . Hampir setiap hari selepas pertandingan tu cikgu bagi pensel warna . Ya allah sumpah terharu sesangat .

Semakin lama semakin meningkat umur . Macam-macam kena tempuhi walaupun setiap kali peperiksaan tak pernah dapat nombor yang agak baik tapi sedikit rasa putus asa tak pernah wujud . Sampai tahun 2005 tahun yang agak penting untuk menentukan permulaan masa depan yati . Tahun dimana yati akan menduduki UPSR . Boleh dikatakan setiap hari mak akan pesan "belajar baik-baik" . Yati tak pandai macam orang lain , belajar pun lambat masuk otak . Bila cikgu buat kursus kecermelangan untuk student UPSR ramai kawan-kawan yang target 5A sedangkan yati target 1A je sebab tak yakin diri .

Bila keputusan UPSR keluar macam terkejut rasanya sebab tengok result dapat 2A tapi kecewa sebab Inggeris gagal , maklum ler masa tu english memang lemah tahap siput krok krok bergerak hee . Tapi tak putus asa pun sebab tu baru nak memulakan kejayaankan .

Cerita sekolah menenangah ? Ada masa akan yati update okey ! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com