Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat MH370 Hilang ?

Hai korang ? Tengah buat apa petang-petang macam ni ? Makan goreng pisang ? Wahh sedapnya ! Nak sikit hehe . Aku tak rasa nak update panjang lebar petang ni cuma ada satu benda je aku nak kongsikan . Korang mesti ada buka tv kan ? Hari ni kecoh tentang pesawat MH370 yang berlepas pukul 2:40 pagi dari KLIA dan sepatutnya mendarat di lapangan terbang Beijing hilang .

Pesawat yang membawa 227 orang penumpang dan 12 anak kapal dikatakan hilang selepas memasuki ruang udara vietnam .  Dalam tengah hari tadi ada pula yang buat berita palsu mengatakan kapal terbang tu terhempas . Tolong la jangan nak sebarkan berita yang bukan-bukan kesian dekat keluarga yang terlibat tu .
 
Ya allah , mesti semua ahli keluarga dia orang risau sangat sekarang ni . Kita sibuk gelak-gelak sedangkan dia orang menanti dengan penuh ketakutan & kerisauan . Jadi minta jasa baik korang semua doakan semua penumpang dalam kapal terbang MH370 tu selamat ye . Ya allah kau selamatkan semua penumpang dan semua yang ada didalam kapal terbang itu ya allah semoga tidak terjadi apa-apa pada mereka semua .

Rabu, 5 Mac 2014

Selamat Ulang Tahun Sayang

Happy Birthday! Hope All Your Wishes Come True
Hello guys .. good morning . Eh aku update blog pepagi dah kenapa ? Biasa malam je aku update blog . Hee sebenarnya sekarang ni dekat tempat kerja , aku dah penat buat kerja so aku buka blog comot aku ni kejap . Tetiba rasa gian nak menaip haha boleh pulak macam tu kan .

Nampak tak tajuk tu ? Mana ? Ala yang dekat atas tu la . Ha nampakkan , alhamdulillah diam tak diam dah sebulan pun blog aku dibina . Walaupun aku ni umpama blogger chipsmore sekejap ada sekejap tak da tapi blog aku tetap ada tahu cuma jarang berupdate je disebabkan ENCIK MASA yang selalu cemburu dengan aku , haish geram je *err tetiba* .

Dalam sebulan aku berblog ni aku nak ucap terima kasih pada seorang blogger nie , walaupun aku tak kenal dia tapi dia selalu komen dekat beberapa entry aku . Tapi biasa la aku ni jarang update so kekadang terlepas pandang komen dari dia . Dah seminggu komen baru ler aku terhegeh-hegeh nak balas hee .Maaf ye awak . Aku tak tahu nama dia apa cuma dia selalu gelarkan diri dia si gadis purple . Blog yang cukup simple tetapi cute sangat pada aku . So kalau korang ada masa follow la blog dia okey .

Ahad, 2 Mac 2014

Aku Pun Dapat BR1M Laaa

Hi
Holla ! Lama tak update blog ni . Korang rindu aku tak ? Rindu tak ? Hello aku tanya ni rindu aku tak ? Ha ? Apa dia ? Cakap kuat sikit la . OooOooOO rindu , aku pun rindu korang , eh kejap blog aku mana boleh cakap haha . Sebelum ni kan aku ada masalah jadi aku macam tak berapa nak ada idea untuk update blog *bukan tak berapa memang tak ada idea* . Tetapi hari ni aku telah pun mendapat kekuatan *ayat nak gempak* untuk update blog jyeahh .
I Miss You Animation Cat Hand
Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com