Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat MH370 Hilang ?

Hai korang ? Tengah buat apa petang-petang macam ni ? Makan goreng pisang ? Wahh sedapnya ! Nak sikit hehe . Aku tak rasa nak update panjang lebar petang ni cuma ada satu benda je aku nak kongsikan . Korang mesti ada buka tv kan ? Hari ni kecoh tentang pesawat MH370 yang berlepas pukul 2:40 pagi dari KLIA dan sepatutnya mendarat di lapangan terbang Beijing hilang .

Pesawat yang membawa 227 orang penumpang dan 12 anak kapal dikatakan hilang selepas memasuki ruang udara vietnam .  Dalam tengah hari tadi ada pula yang buat berita palsu mengatakan kapal terbang tu terhempas . Tolong la jangan nak sebarkan berita yang bukan-bukan kesian dekat keluarga yang terlibat tu .
 
Ya allah , mesti semua ahli keluarga dia orang risau sangat sekarang ni . Kita sibuk gelak-gelak sedangkan dia orang menanti dengan penuh ketakutan & kerisauan . Jadi minta jasa baik korang semua doakan semua penumpang dalam kapal terbang MH370 tu selamat ye . Ya allah kau selamatkan semua penumpang dan semua yang ada didalam kapal terbang itu ya allah semoga tidak terjadi apa-apa pada mereka semua .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com