Ahad, 16 Februari 2014

Shopping Online Boleh Percaya Ke ?

Hye my sweet like gula-gula kapas . Sihat ? Dah solat magrib ? Kalau dah alhamdulillah . Banyak hari tak update blog ni . Setakat buka lepas tu tutup . Bila nak taip je ada halangan , haishh geram teman dibuatnya . Tapi insyallah hari ni aku akan cuba habiskan cerita aku yang tertangguh tu haha . Eh korang rindu dekat aku tak ? Mesti rindukan haha *perasan kejap*
I Miss You Animation Cat Hand

Ahad, 9 Februari 2014

OoOoO Fashion Ke Macam Nie ? Annoying Kot ..

Hye gegirl & boboy semua . Selamat malam , sebelum nak sambung buat kerja ni tetiba nak taip sesuatu pulak . Err itu la aku bila ada internet kerja semua tolak tepi hehe , bab kata aku internet dan aku tak akan terpisah gitu ecehh ayat nak kelass gitu . korang mesti macam pelik kan , err apa la yang aku tengah mengarut tetiba tajuk letak macam tu .

Okey terus terang la aku cakap walaupun aku dah tak seaktif macam dulu yang hari-hari buka facebook untuk tengok akaun orang , stalker ex aku *alamak kantoi* disebabkan masa yang memang jelly *bab kata budak-budak fb sekarang* atau lebih  senang faham cemburu dengan aku jadinya aku cuma ada masa beberapa minit sahaja untuk buka akaun facebook .

Tetapi yang aku paling rasa macam annoying sesangat bila ada yang update gambar dok tunjuk kelar tangan la , tengkuk la . kesian wei mak korang beli sirap memahal lepas tu kononnya korang nak dapat like bebanyak update gambar konon korang tengah kelar mengelar body korang .

Minat Bola Atau Sesaja ?

Hye gang ! Selamat tengah hari . Dah makan ? Belum ? Cepat pergi makan nanti perut masuk angin , tu yang dah makan mesti kenyangkan , dah kenyang meh sini baca blog aku yang comot ni hehe . Rindu tak nak baca tulisan mengarut aku yang entah apa-apa ni haha , kalau rindu mai sini aku cium muahh muaahhh hehe . 
Kiss
Okey dalam minggu ni memang aku tak sempat nak update sangat sebab macam-macam halangan yang datang , pertama kerja banyak dekat OFFICE balik rumah dah penat , bila penat balik mandi-mandi solat lepas tu zzz , esok nak pergi kerja baru makan hehe . Kedua internet punya kuota tak banyak , maklum la teman ni pakai broadband yang pakai top up tu so gaji belum masuk duit kurang nak top up pun kena jimat-jimat jadinya internet kejap ada kejap tak ada .

Jangan risau hari ni aku akan update seberapa banyak cerita *macam banyak idea je* lepas tu aku jadualkan nanti aku tak payah update lagi hahaha pandai tak aku ? Pandai kan . Okey sebenarnya entry ni nak update hari tu lagi tapi masa tu mood tengah down sangat jadi aku drafkan dulu , konon-kononnya nanti nak sambung balik akhirnya tahu apa jadi ? Idea dah lari aku pun delete draf tu , jadi hari ni buat yang baru je la , lagi senangkan .

Rabu, 5 Februari 2014

Timbang Berat Blog ?

Hai guys ! Hari ni dah mula kerja jadi agak lambat la dapat update blog . Orang dah lama mula kerja tapi aku baru je mula hari ni . Hari ni just nak share cara timbang berat blog korang . Hello ingat kita yang manusia ni je ke nak kena timbang berat . Blog pun kena timbang taw supaya kita tahu blog kita tak sarat dengan gadget yang boleh melambatkan atau beratkan blog kita .
Senang je cara nak timbang blog ni korang just pergi dekat SINI . Bila dah keluar korang masukkan je link blog korang .

Bila dah masukkan link blog nanti keluar macam ni
So korang boleh la tahu berat blog korang , sama ada ringan atau tidak . Kalau berat rasanya ada la gadget yang harus dibuang hehe .. Sekian , assalamualaikum

Selasa, 4 Februari 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Hai guys ! Selamat malam , aik macam pelik pulak tetiba pulak aku rajin mengupdate memalam yang masih belum buta ni hehe . Malam ni update just untuk join satu segmen ni . Segmen apa ek ? Ha jom kita tengok sambil-sambil tu boleh la join sambil beramah mesra dengan blogger lain .
So kalau korang nak join korang just klik BANNER tu okey . Good nite . Assalamualaikum .

Isnin, 3 Februari 2014

Nak Pergi Bercuti tapi Tak Tahu Jalan ? Wazekan Ada ^_^


Hye guys ! Apa cerita menarik hari ni ? Share la sikit bak kata orang sharing is caringkan kan . Cuti - cuti ni mesti ada antara korang plang nak pergi jalan jauhkan tapi masalahnya tak tahu jalan , hmm spoilkan bila jadi macam tu . Hmm nak buat macam mana ni , sampai ada yang terpaksa cancel program gara-gara masalah macam ni yela mahu tak dicancelkan buatnya pergi tetiba sesat sampai LONDON haha tak pernah dibuat orangkan .
Sebenarnya masalah macam ni boleh diselesaikan dengan teknologi terkini . Macam orang zaman dulu nak pergi mana dia orang tengok buruj dekat langit . Ha ? Buruj tu apa ? Tak pernah dengar perkataan buruj ? Okey la buruj tu bentuk yang terbentuk oleh bintang dilangit , buruj ni ada macam - macam bentuk taw tapi sebab terlalu lama tinggalkan sekolah aku dah lupa nama buruj tu hehe sorry . Contoh buruj yang aku ingat macam ni . Buruj pari . Kenapa nama pari ? Aku sendiri tak tahu hehe

Masa Untuk Bercuti ^_^


Morning guys ! Bangun - bangun dah pagi ni . Ada yang masih cuti ke ?! Mesti la ada , salah sorangnya aku la sebab tu aku boleh menaip pagi-pagi yang tak berapa buta lagi ni hehe . Cuti - cuti macam ni mesti korang pergi bercuti dengan keluargakan , aku ? hmm cuti kali ni aku banyak habiskan masa duduk dekat rumah sebabnya aku penat sangat maklumlah sebelum cuti hari tu aku kena STRUNGGLE untuk siapkan kerja , masa tu memang RUSHING sangat-sangat la sampai LUNCH TIME pun aku kena makan dalam OFFICE .
Bagi korang yang suka TRAVEL tu mesti banyak tempat menarik yang korang dah pergikan , tapi bagi aku pulak baru beberapa tempat je yang aku baru pergi tak sampai 10 tempat pun . Paling jauh yang aku pernah sampai pun GUNUNG JERAI & PANTAI MERDEKA .
Okey aku terpaksa GOOGLE untuk dapatkan gambar gunung tu disebabkan gambar yang di "SNAP" oleh aku sendiri entah hilang kemana hehe mungkin disebabkan kegatalan tangan aku yang suka mendelete gambar nie hoho . Mungkin tengok dalam gambar memang tak nampak menarik tapi bila pergi OMG ! sumpah suka sangat sebabnya ? Dekat situ sejuk sangat-sangat , pemandangan memang cantik berkabus je . Lepas tu korang boleh nampak permandangan dari atas puncak ni tapi kalau yang gayat tu hmm tak payah tengok kot sebab nanti pengsan pulak hehe

Sabtu, 1 Februari 2014

New Blog , New Mood , New Story but Same Owner ^_^

Assalamualaikum
Hyep beb ! Whats up ? Ada apa-apa yang aku terlepas ?? OMG ! Mesti la banyak right ? Sebelum nie entah hilang dok nyorok kemana tut tup datang dengan blog baru ?? Oo yeahhh thats right baby .. Okey la ceritanya cenggini ,,, sebelum ni aku dok sibuk update blog kn *padahal entry tak sampai 15 pun* tetiba lepas tu aku hilang , sebenarnya bukan hilang tapi aku sibuk sangat sampai blog terabai , bila blog terabai pasword terlupa , bila terlupa apa jadi ? buat blog baru la huwawawawa ..
Smiley Sad
Tapi insayallah aku akan cuba update blog seperti orang yang matang :) sebab sebelum ni aku kan under 20 kot so perangai memang hampeh tahap kuasa 100 la kan , tahun ni aku dah 21 tahun okey diulangi 21 tahun , wohoho cepat sangat masa tu berlalukan dah tua tahun ni .

So aku akan cuba update blog ni sekerap yang mungkin la itu pun kalau masa mengizinkan la *please mr time bagi saya peluang okey muahh muahh* . Untuk entry kali ni aku tak rasa ada benda sangat nak aku kongsikan pada blog ni muhahaha lain kali aku update lagi la .


Ooopsss sebelum tu Happy Chinese New Year untuk sesapa yang berbangsa cina , akhir kata dengan lafas bismillah aku merasmikan blog ini *dah macam Pengetua sekolah pulak hihihi* . Hope korang yang tersinggah blog ni sudi support aku sama ada dari belakang atau pun depan *ayat macam pelik* .


Okey la tak nak cerita panjang-panjang dulu nanti ada story aku update lagi :) selamat malam guys , assalamualaikum .
Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com