Isnin, 3 Februari 2014

Masa Untuk Bercuti ^_^


Morning guys ! Bangun - bangun dah pagi ni . Ada yang masih cuti ke ?! Mesti la ada , salah sorangnya aku la sebab tu aku boleh menaip pagi-pagi yang tak berapa buta lagi ni hehe . Cuti - cuti macam ni mesti korang pergi bercuti dengan keluargakan , aku ? hmm cuti kali ni aku banyak habiskan masa duduk dekat rumah sebabnya aku penat sangat maklumlah sebelum cuti hari tu aku kena STRUNGGLE untuk siapkan kerja , masa tu memang RUSHING sangat-sangat la sampai LUNCH TIME pun aku kena makan dalam OFFICE .
Bagi korang yang suka TRAVEL tu mesti banyak tempat menarik yang korang dah pergikan , tapi bagi aku pulak baru beberapa tempat je yang aku baru pergi tak sampai 10 tempat pun . Paling jauh yang aku pernah sampai pun GUNUNG JERAI & PANTAI MERDEKA .
Okey aku terpaksa GOOGLE untuk dapatkan gambar gunung tu disebabkan gambar yang di "SNAP" oleh aku sendiri entah hilang kemana hehe mungkin disebabkan kegatalan tangan aku yang suka mendelete gambar nie hoho . Mungkin tengok dalam gambar memang tak nampak menarik tapi bila pergi OMG ! sumpah suka sangat sebabnya ? Dekat situ sejuk sangat-sangat , pemandangan memang cantik berkabus je . Lepas tu korang boleh nampak permandangan dari atas puncak ni tapi kalau yang gayat tu hmm tak payah tengok kot sebab nanti pengsan pulak hehe

Bagi korang yang memang minat subjek sejarah masa sekolah dulu & selalu membaca sekarang la masanya korang boleh pergi tengok dengan mata kepala sendiri tempat-tempat bersejarah ni . Banyak perkara menarik tentang gunung jerai ni antaranya , dekat dengan tempat sejarah atau lebih senang kita sebut mitos bukan gula-gula mentos tu ye hehe . Ha sebab tu la aku cakap sesiapa yang minat sejarah boleh belajar masa datang sini .  Antara tempat yang ada Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal .
TELAGA TOK SHEIKH
PADANG TOK SHEIKH
BATU KAPAL
Selain tu dekat sini terdapat denai hutan yang menghubungi dari kawasan hutan lipur ke kawasan resort di gunung jerai dan denai menuju ke rekreasi titi hayun atau lebih senang faham jalan "SHORTCUT" jalan-jalan sambil mengamati keindahan alam gitu . Di pintu masuk utama pula terletak sebuah Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan.

Jadi aku boleh suggestkan tempat nie sebagai salah satu tempat travel bagi korang yang suka aktiviti travelling ataupun memanjat gunung . Lagi satu dekat banyak tempat menarik yang korang boleh pergi dekat-dekat dengan gunung jerai ni , antaranya :
PULAU BUNTING
WAN MAT SAMAN CANAL
Kalau dah namanya gunung semestinya ada hutan lipur dan air terjun kan . Ha dekat sini pun ada okey .
SUNGAI TEROI FOREST
ALUR NAGA WATERFALL
Sesiapa yang suka akitiviti jungle tracking macam aku ni boleh la pergi sini sebab dekat sini ada disediakan aktiviti jungle tracking .
Yang minat sejarah & suka pada tumbuhan pulak aku sunggestkan pergi sini .
JERAI MUSHROOM FARM
JERAI ORCHID NURSERY
BUJANG VALLEY ARCHAEOLOGICAL
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik korang boleh pergi dekat sini . Itu baru sebahagian sahaja . Jadi aku harap korang akan berpuas hati bila pergi travell tempat-tempat macam ni . Kalau korang nak pergi sini tapi tak tahu nak tinggal dekat mana korang jangan la dok risau & peningkan kepala sebab dekat puncak gunung jerai tu ada disediakan hotel & lengkap dengan semua kemudahan . Nak tahu apa kemudahan yang ada & perkhidmatan yang disediakan ? Ha jom ramai-ramai kite klik SINI . Okey la aku harap korang puas hati sekiranya travel dekat sini . Sekian . Assalamualaikum ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com