Ahad, 16 Februari 2014

Shopping Online Boleh Percaya Ke ?

Hye my sweet like gula-gula kapas . Sihat ? Dah solat magrib ? Kalau dah alhamdulillah . Banyak hari tak update blog ni . Setakat buka lepas tu tutup . Bila nak taip je ada halangan , haishh geram teman dibuatnya . Tapi insyallah hari ni aku akan cuba habiskan cerita aku yang tertangguh tu haha . Eh korang rindu dekat aku tak ? Mesti rindukan haha *perasan kejap*
I Miss You Animation Cat Hand

Sebenarnya aku nak cerita pasal SHOPPING ONLINE ni . Yela dalam kita semua sibuk dengan kerja kadang-kadang tak ada masa nak pergi shopping atau window shopping untuk review produk apa yang ada sekarang ni kan kalau tidak nanti ketinggalan zaman kot hehe . Banyak orang tanya aku "beli barang dekat internet ni boleh percaya ke ? Tak takut dye orang sapu duit kau ke ?" Err jujur cakap kalau dulu aku macam takut juga nak beli barang dekat internet ni , yela manusia sekarang ni lebih suka ambil duit orang tanpa bagi barang yang betul & tepat tak gitu ?
Nak dijadikan cerita tahun bulan 8 tahun lepas aku dengan beraninya *padahal takut* cuba membeli barang online . Barang apa ? Ha mesti la produk untuk kulit . Aku tengok macam best pulak produk tu sebab ada supplementkan , jadi aku dengan pantas PM akak tu , jadi akak tu cakap la tentang produk tu . Aku rasa macam okey je jadi aku bank in duit , dalam hati "please jangan tipu saya kak hehe" . Tak sampai seminggu barang tu sampai . Alhamdulillah hehe .

Jadi sampai sekarang aku masih membeli barang dekat internet , sebab apa ? Pertama aku ni selalu kerja masa cuti nak rehat dekat rumah malas nak keluar . Kedua aku jarang atau memang susah nak beli barang depan mata nanti jadi rambang mata . Ketiga boleh jimat duit minyak & masa yang tu penting tahu hahaha .
Lagi pun beli barang online nie senang korang just duduk dekat rumah tengok produk tu then masuk duit . Tak payah susah nak cari parking , duit minyak lagi kan hehe . Selain dari tu aku rasa aku nak kongsi beberapa tips untuk korang yang masih rasa takut-takut nak beli barangan melalui internet ni , bukan apa kadang-kadang tak semua benda kita nak senang jumpa kan ? Nak tak nak kena beli dekat internet juga .

Pertama sekali korang tengok wall dye , biasa customer ni akan tolong owner taw , maksudnya kalau barang yang dah sampai dekat customer dia orang akan inform pada owner . Jadi kalau banyak feddback positive maka orang tu boleh percaya . Kedua dalam alam siber sekarang ni bukan sorang je yang jual produk korang nak ramai sangat , korang kena rajin mencari . Untuk apa ? Untuk bandingkan harga , kadang-kadang ada penjual nie letak harga tinggi dari orang lain , itu hak masing-masing la tapi sebagai customer kita mesti nak jimat ye tak ?

Ketiga tengok cara layanan penjual , buat masa ni semua owner yang aku beli barang memang FIVE STAR la layanan dia , yela aku ni banyak tanya so kadang-kadang ada orang just ignore je . Okey la aku rasa itu je yang aku dapat bantu sebab aku ni masih belum mahir tentang internet ni tapi kalau korang nak cuba beli barang-barang kecantikkan murah & original aku suggestkan beberapa page ni . So enjoy ya , assalamulaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com