Rabu, 16 April 2014

Emilay + Metal Fortis Kesan Yang Superbb ?

hi
Hai hai hai . Hujan-hujan macam ni sambil layan lagu jiwang tiba-tiba datang satu idea dekat dalam fikiran yati ni . Tetiba sahaja rasa nak cerita tentang produk EMILAY yang yati gunakan sekarang ni . Mungkin ada antara pembaca blog yang macam pernah dengar tentang produk ni kan , ada pulak yang dengan muka blur garu-garu kepala sambil cakap "emilay ? produk apa tu ?" .

Jangan risau la adik manis nanti kakak yatie mu ini akan berkongsi , sabar okey . Sebenarnya yatie sendiri tak pernah dengar nama produk ni sebelum guna , tapi ada satu malam tu susah sangat nak tidur dok golek sana golek sini sampai jatuh katil *kay tipu je hee* masih susah nak lelap , lepas fkir punya fikir tetiba rasa nak on lappy memalam buta , orang dah tidur mimpi naik bulan yati boleh online memalam haish apa nak jadi ?

Masa mula-mula online tu yatie jumpa satu page ni , yatie tertarik dengan warna supplement ni , mahu tak tertarik ? Supplement tu warna purple nampak macam best sangat .Sebelum tu ada terfikir mesti mahal supplement ni , maklumlah kebanyakkan supplement ni harga kebiasaannya atas rm100 kan ? Tapi yati cuba mesej akak tu , tanya dia . Akak tu cakap tak mahal pun rm50 je . What rm50 ? Serious supplement rm50 ? Banyak kali tanya akak tu takut dia salah typing ke apa ke kan .


Lepas tu bila dah conform harga esoknya terus pergi transfer duit . Nampakkan tak sabar tahap apa dah nak cuba supplement . Setiap hari pergi kerja mesti telefon mak tanya barang sampai ke tak sampai mak bising haha . Akhirnya penantian berakhir , abang posto hantar barang tu . Gembira tahap nak lompat sampai langit kalau boleh *walaupun diri ini pendek sebenarnya* .

Eh lupa la , terlalu excited menaip sampai lupa nak cakap hee masa makan emilay ni yati beli sekali dengan akak ni krim muka metal fortis . Pernah dengar tak ? Kalau area utara mungkin pernah la sebab kami yang dekat selatan ni memang payah nak jumpa krim tu dekat sini . Tapi krim ni cara pakai macam unik pun ada taw . Kalau krim lain kita boleh guna teruskan dari sabun , krim siang & krim malam . Krim metal fortis ni ada cara pakai yang tersendiri gitu . Macam mana cara pakai ? Mari sini yati share sikit .


 3 hari pertama cuci muka guna sabun pagi & malam . Sabun ada dua jenis taw , sabun oren untuk kulit normal & sabun hijau untuk kulit berjerawat , berminyak dan sebagainya .

 Selepas 3 hari ,cuci muka guna sabun seperti biasa kemudian pakai krim siang (warna kuning) sahaja pada waktu siang dalam tempoh 10 hari .

 Selepas 10 hari cuci muka guna sabun seperti biasa , pakai krim siang pada siang hari dan krim malam (warna putih) pada waktu malam .

Jujur cakap semasa guna produk ni ramai yang cakap muka yati nampak putih hee . Happy gile-giler kot sebab sebelum ni muka hitam bak rentung dipanggang haha . Masa mula-mula pakai rasa macam lain la sebab sebelum ni kan pakai krim muka lepas tu tepek bedak dekat sebotol tapi bila pakai krim ni tak boleh pakai apa-apa bedak buat sementara . Trust me *speaking london gitu*  tak akan menyesal kalau guna krim ni & makan emilay . Emilay just ambil selepas makan pagi 1 biji & selepas makan malam 1 biji . Kesannya ? perghh meletupp gitu . Selamat mencuba :)

Sebelum lupa , emilay ni ada kelulusan so jangan risau ye :) .

3 ulasan:

  1. Nak dpt kt mana harga murah and yg ori eh sis. Boleh suggest kan? Huuuu

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com