Isnin, 21 April 2014

Mula Berniaga ^_^

Whatcha Doin
Hai hai hai ! Apa khabar ? Semoga sihat hendaknya . Amboi ayat dah macam zaman sekolah pulak rasanya haha . Dalam beberapa hari ni agak sibuk sampai terlupa dengan blog yang comel dihati cik yati ni hee . Seperti sedia maklum sebelum ni cik yati dah mulakan perniagaan secara dropship je nak mula 100% sendiri masih tak mampu . Jadi belajar la secara dropship .

Sebenarnya buat dropship ni bukan 100% pandang pada $$$ hee lebih kepada nak belajar selok belok perniagaan atas talian . Walaupun dalam hati ni rasa nak sangat la ada perniagaan sendiri tetapi masih cakap pada diri sendiri "sabar la yati , kita mula dari 0 dahulu kalau ada rezeki insyallah kau ada perniagaan kau sendiri" .

Siapa tak suka ada perniagaan sendirikan tapi bak kata orang tua la mula dari bawah nak berniaga bukan campak modal terus berjaya . Dalam perniagaan ada jatuh bangunnya bukan setiap hari kita dapat pelanggan , bukan setiap hari ada tempahan . Nak berniaga kena tahu cara bercakap dengan pelanggan , layan pelanggan baik-baik . Jujur cakap la yati selalu beli barang secara atas talian boleh dikatakan hampir setiap bulan . Bukan alat make up je yang yati beli , sampai telefon pun beli online .

Ada orang masa kita nak beli bercakap fuhh macam makan gula 8kg bak kata kawan yati , tetapi bila kita dah dapat barang & barang ada problem kita contact dia terus hilang . Kenapa macam ni ? Mungkin jenis yati tak kisah la keluar duit lain pergi repair tapi customer lain macam mana ? Dia orang mesti marahkan ? Bila marah keluar la kata-kata yang kurang elok dan lupa kata-kata tu satu doa :) .

Jujur la yati takut sangat jadi macam tu sebab kalau yati berniaga sendiri 100% yati bukan 24jam dengan telefon , bukan 24jam depan komputer . Yati ada komitmen lain juga , siang yati kerja jad bila ada masa yati balas segala mesej pelanggan , malam baru boleh fokus 100% on bisnes tapi tu pun bukan sampai oagi mata yati nak rehat jugakan ? Jadi sebab tu yati masih lagi belajar cara berniaga , diharapkan sekiranya ada rakan blogger yang nak beli barang dengan yati , yati lambat balas yati minta maaf sangat . Lambat macam mana pun yati akan balas cuma bukan la on time mesej masuk terus balas , yati hanya dua tangan jadi tak mungkin nak buat semua dalam satu masa sama macam awak semua :) diharapkan rakan-rakan blogger sudi la beri yati sokongan untuk terus berjaya dalam perniagaan yang yati baru je nak mula :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com