Isnin, 28 April 2014

Customer Oh Customer

Just a Little Note From Lil Ol' Me!

Hai selamat malam ^_^ . Sihat ? Harap sihat sangat kalau tidak siapa yang nak baca cerita cik yatie ni kan hehehe . Eh masih ada yang join GA dari kak uzu ? Alhamdulillah kalau ada rezeki awak dapat la cash tu kan siapa tahu tuah ayam nampak dikaki tuah manusia hanya allah yang tahu . Sebelum yatie terus sambung cerita yatie nak minta maaf sangat-sangat pada awak yang follow blog cik yati , follow instagram , follow twitter & klik "like" untuk fanpage yatie tapi yati tak buat macam tu pun dekat awakkan T_T . 

So Sorry

Maaf sesangat bukan yati tak nak follow tetapi buat masa ini internet kejap ok kejap tidak dalam satu hari tak sampai 20 pun yang yatie boleh follow >_< nanti bila semua dah okey lepas habis GA yatie follow awak semula insya-allah kalau panjang umur yatie ye .

Okey la balik pada cerita sebenarnya dan tujuan tiba-tiba rajin nak menaip ni hehe . Seperti yang awak tahu yatie ada buat sedikit perniagaan atas talian buat masa ni alhamdulillah ada sambutan walaupun tak banyak tetapi allah masih beri rezeki . Disenangkan cerita tadi kawan yatie mesej , pada mulanya dia bertanya pasal jawatn kosong habis dah lama mesej yatie pun cuba la promotkan biz yatie pada dia . Kiranya sambil menyelam minum air la *blurp blurp blurp* jadi dia tanya ada jual KCOLLY ke ? Yatie cakap ada harga rm120 kalau nak pos rm125 disebabkan dia dekat yatie kira nanti hantar dekat rumah la .

Lepas tu dia cakap mahalnya bagi rm100 ea ,  giler ke apa ? Terus potong rm20 . Setahu yatie kcolly sekarang harga masih rm130 . Dia cakap dekat internet ada jual rm100 tapi tiada free gift , senang cakap dia nak yatie bagi free gift la . Bila fikir dia kawan dari sekolah rendah okey la cincai kira Rm115 lepas tu dia cakap ala rm110 je la -_- ! Mana boleh jadi dah bagi kurang pun masih nak potong lagi . Dia cakap dulu makan aura white rm100 je siap ada free gift . Ya allah yati jual pun dapat berapa je untungnya ? Bukannya jual satu produk dapat beriban paling banyak pun dapat rm5 tolak masuk tabung derma rm1 dapat rm4 sebab dah niat setiap kali jual satu produk rm1 masuk tabung derma .

Sekarang ni baru la tahu ragam customer macam mana . Rupanya macam-macam ragam pelanggan yang kita akan jumpa bila berniaga , kuat atau tidak je iman kita . Kalau tiada kesabaran mungkin dah meletus kebabomm aganknya . Lastly yati cakap "lain orang lain harga" tetapi bila fikir semula salah ke cakap macam tu T_T haishh pening-pening !

2 ulasan:

  1. ramai cust macam tu. Kalau jual murah, rugi lah. Saya pun berniaga online juga. :) termasuklah ephyra saya jual. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha tu la pasal .. pening kite bru nak bertapak dapat customer mcam ni rsa nak menangis T_T .. ephyra tu untuk apa ?

      Padam

Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com