Rabu, 16 April 2014

Kisah Hidup Ini Part 1

hi, cute baby
Hai hai hai ! Dah solat magrib ? Alhamdulillah kalau sudah , dah makan malam ? Belum ? Tak apa kejap lagi pergi makan la yek jangan sampai perut masuk angin :) . Malam ni terasa macam nak bercerita pasal diri yati , agak-agak ada yang nak baca tak ? Haishh harap-harap ada la , bukan apa mungkin boleh dijadikan pembakar semangat gitu hehe .

Terus terang yati katakan yati lahir bukanlah dari dalam golongan orang kaya , masa yati kecil abah yati cuma kerja sebagai peladang je lebih senang yati cakap abah kerja sebagai tukang kait buah kelapa sawit sahaja . Masa tu abang dengan akak masih lagi bersekolah , dia orang selalu cakap masa dia orang sekolah pukul 5 pagi abah dah hantar dekat tepi jalan sebab dia orang pergi sekolah naik teksi lagi pun jarak rumah nak ke jalan besar agak jauh .

Sampai satu tahap budak-budak sebaya yati semuanya pergi sekolah tadika sedangkan yati duduk rumah main masak-masak , main pondok-pondok *budak lahir tahun 2000 ke bawah mesti tahu maksud main ni* . Masa tu memang tak tahu apa tu sekolah , perlu ke pergi sekolah yang yati tahu main macam budak lain . Yati ingat lagi ada satu hari tu abah bawa yati pergi sekolah , yati tak tahu untuk apa rupanya abah daftarkan yati sekolah sebab umur yati dah nak masuk 7 tahun . Ada satu hari tu kan posmen hantar surat , kira surat menyatakan la yati duduk kelas mana bila masuk sekolah nanti . Yati punya excited masa tu dari abang poto tu hantar surat sampai la tunggu abah balik kerja yati simpan surat tu sampai tertidur dengan surat tu .

Bila abah balik je yati orang pertama sambut abah , tunjuk surat tu . Bila ingat semula ya allah macam apa perangai masa tu . 1-1-2000 ingat sangat tarikh tu , hari pertama sekolah pakai baju putih , kain biru gelap , pakai kasut rasa seronok sangat-sangat . Memang la hari pertama abah teman apa ada hal kan ? hahaha . Masuk hari kedua dah kena hidup berdikari , abah tak ikut lagi . Dari pagi sampai la balik asyik nangis je sebab ingat dekat rumah .

Bila cikgu tanya yati hanya mampu nangis mahunya tidak ? Yati kan tak tadika jadi mana la nak tahu membaca , menulis semuanya . Sampai satu tahap cikgu hantar yati masuk kelas pemulihan , senang cakap kelas kanak-kanak yang tiada kemahiran membaca dan menulis . Dari situ la yati mula belajar membaca , menulis , mengira dengan cikgu yang sangat baik & lembut je tapi allah lagi sayangkan dia . Arwah cikgu norleha cikgu yang banyak berjasa , cikgu yang sangat banyak membantu yati sampai boleh baca tanpa marah yati & sentiasa penyabar . Kadang-kadang rasa rindu sangat dekat arwah :'( .

Nak tahu lepas tahu membaca apa jadi ? Ha tunggu okey hee esok yati sambung :) ..

2 ulasan:

  1. saya masa mula sekolah dulu ayah pergi hantar pastu terus balik je..Alhamdulillah tak nangis pun..haha

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved iskandardaughter93.blogspot.com